1. Amalkan memakan timun setiap hari bagi mengelakkan sembelit.
2. Jus timun amat baik untuk anda yang mengalami gastrik.
3. Seandainya anda campurkan jus timun dengan perahan lobak merah serta daun saderi boleh mengatasi masalah artritis, gout dan reumatik.
4. Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, amalkan memakan timun sama ada secara mentah ataupun yang telah dimasak. Jika minum jus timun setiap hari pun boleh menurunkan berat anda.
5. Timun juga mampu mengubati penyakit disentri (Buasir)
6. Campuran perahan timun, jus lobak serta salad mujarab untuk mengubati kudis.
7. Bagi anda yang masih buntu dengan masalah jerawat, cuba parutkan timun dan campurkan dengan kuning telur. Kacau bahan tersebut hingga sebati. Kemudian, sapu pada seluruh muka anda. Biarkan selama 20 minit. Setelah itu, bilaslah dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali agar jerawat lekas kering.
8. Ubat bagi sakit tekak atau hilang suara,ambil biji timun dan campurkan dengan sedikit garam. Berkumurlah dengan bahan tersebut beberapa kali sehari.
9. Ambil mentimun segar, blender untuk membuat ramuan halus. Tambahkan beberapa titis jus lemon dan 1 sudu teh madu . Sapu ke seluruh wajah dan biarkan selama 20 minit, kemudian cuci dengan air suam dan keringkan. Pack wajah ini akan membantu mengembalikan tanning.
10. Campurkaan beberapa jus kunyit dan jus lemon dengan bubur timun segar. Sapukan pada wajah dan biarkan selama 15 minit, lalu cuci. Ini akan bermanfaat untuk mengawal minyak pada wajah.
No comments:
Post a Comment